Loading

Wednesday, June 6, 2007

Daftar telefon bimbit


Selepas kerajaan mewajibkan pendaftaran nombor telefon bimbit yang berakhir Disember tahun lalu, kira-kira 15.7 juta pengguna perkhidmatan telefon mudah alih prabayar telah mendaftar talian masing-masing. Tujuan kerajaan untuk mewajibkan pendaftaran nombor telefon bimbit adalah untuk mengelakakn jenayah sms dan mms yang semakin berleluasa.

Di Malaysia kini terdapat kira-kira 16 juta pengguna talian prabayar dan 3.4 juta pengguna talian pascabayar, dengan jumlah telefon bimbit dalam pasaran dianggarkan melebihi 20 juta buah. Oleh itu adalah amat sukar untuk mengesan telefon bimbit yang dicuri. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bercadang mewajibkan pendaftaran hak milik telefon bimbit bagi mengelakkan kes-kes kecurian telefon yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Telefon bimbit kini kian canggih dan semakin mahal. Jadi, perlu ada sistem ‘pengunci’ yang membolehkan pengguna menghalang telefon tersebut daripada digunakan oleh pencuri.Apabila nombor siri telefon bimbit didaftarkan, dengan bantuan teknologi, penggunaannya boleh disekat dari jarak jauh. Pada masa yang sama telefon itu tidak boleh dijual kepada individu lain.

SKMM mendapat idea untuk melaksanakan sistem ini selepas diberi taklimat ketika rombongan melawat pejabat London Metropolitan Police di London pada 24 Mei lalu. Walaubagaimanpun pendaftaran nombor siri telefon bimbit ini baru diperingkat cadangan. Sekiranya ia diluluskan maka, telefon bimbit akan tergolong sebagai hak milik yang wajib didaftarkan dengan SKMM seperti mana kereta dan motosikal yang wajib didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sumber:Utusan Malaysia


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More